Tuesday, May 31, 2005

Medical Certificate

Hari ini bangun pagi rasa macam nak demam aje. So MC ajelah. Badan pun masih letih. Hubby memang cuti hari nie. Acik pagi-pagi dah datang. Nak bawa Ammar pergi Pusat Kesihatan Bandar. Pukul 8.50am call office inform tak sihat. Lepas call mulalah buka beg. Asing-asing barang nak beri orang. Jam 11:30am pergi Klinik Rodzita. Dapatlah MC. Sebelum pergi Klinik singgah cuci gambar di Kedai KE. Pukul 3.00pm baru siap. Habis urusan di klinik pergi beli barang di Speed 99. Selesai beli barang Hubby pergi tukar tali jam yang dia beli di Jepun. Tukar 2 tali jam. Kos RM45.00. Tengok jam baru pukul 1:30pm. Husband ajak pergi makan KFC. Habis makan dalam pukul 2:40pm. Terus pergi ambil gambar. Luckly dah siap. Seronoknya tengok gambar di Jepun. Semuanya cantik-cantik belaka.
Sampai dirumah sunyi aje
. Rupa-rupanya mak pun tidur. Apalagi kitorang pun jealouslah tengok mak tidur. Join sekali. Bagun-bangun dan pukul 5:30pm. Mandi dan bersiap untuk hantar mak Usu ke rumah Abang Manja. Terima kasih mak Usu tolong tengok-tengokkan rumah sepanjang kami di Jepun. Dari rumah Abang Manja terus ke rumah ibu mertuaku. Bawa semua ole-ole dari Jepun. Sebelum Abah pergi surau dia ajak kami kerumah Kak Siti malam ini. Dia kata Mak Abang Aziz nak jumpa Aida. Jadi lepas Isyak kami pun pergilah ke rumah Kak Siti. Tapi mereka tiada di rumah. Lampu dan kipas semua terbuka. Pembaziran betul. Mentang-mentang tak perlu bayar bil. Semua Estet tanggung. Malas nak tunggu lama kami pun baliklah. Masa nak keluar dari estet, Abah ajak makan Mee Bandung di Kelanang.
OK jugak Mee Bandung dia. Makan dan minum untuk 5 orang kosnya RM21.00. Hantar Mak, Abah dan Lina balik rumah. Tak masuk lagi sebab dah keletihan pulak rasanya. Terus balik rumah. Berkemas lebih kurang dan Tidur. Bersemangat nak berkerja esok.

Call

Bengang betul rasanya. Dalam pukul 10.00am Office call. Masa tu ada didapur. Tak sempat nak jawab. Office nie kalau kita cuti sibuklah nak call. Banyak sangat perkara yang dia tak tahu. Dalam pukul 11:00am baru return call. Rupanya Mr. Thomas yang call. Terus rasa macam tiada mood aje. Tak bestkan kalau kita cuti @ MC dapat call dari office. Nielah nasib kalau jadi orang bawah-bawah nie. Hubby terus bebel. Dia kata tulah tak nak belajar balik. Semenjak balik dari Jepun nie sibuk suruh Aida belajar. Suruh belajar Overseas lagi tu. OK. Bila da peluang pasti Aida akan belajar lagi.

Monday, May 30, 2005

Malaysia

Berakhir percutian di Jepun hari ini. Terima kasih Abang Uda & Uda. Pagi-pagi dah bangun. Aida dan Hubby kena naik bas sebab Odessey tak boleh nak bawa barang-barang kitorang yang dah terlebih-lebih had nie. Aida, Hubby, Ikram dan Athirah pakai baju Hard Rock Cafe Osaka. Hari nie breakfast nasi goreng. Pukul 6.00 am Abang Uda dan Ikram hantar Aida & hubby ke stesen bas. Tambang 1800yen.
Sampai kat Kansai Airport pukul 7.30 am. Terus pergi cari Kaunter MAS. Check in pukul 9.30 am. Aida dan hubby duduk lah tunggu Uda sekeluarga dengan Mak & Kak Sham sampai. Tengah borak-borak tiba-tiba datang seorang lelaki. Tunjuk batch Polis rupanya. Gambra jugak kitorang. Dia minta nak tengok Passport. Sesambil tu borak-boraklah sikit. Dia kata saje-saje je nak check.
Alhamdulillah kuasa Allah. Masa nak check-in terjumpa 3 orang budak Malaysia yang nak balik jugak. Tengok barang skit je. Terus Kak Sham cakap nak tumpang barang. So semua barang lepas. Lepas check-in pergi shopping lagi. Aida dengan hubby beli T-Shirt lambang Jepun. Mak terbekenan pulak dengan money clip yang Kak Sham beli. So, kami pergilah turun bawah cari. Tak dapat jugak. Hampa je. Masa untuk masuk dah sampai. Lepas ambil gambar lebih Mak dan Kak Sham pergi semula ke kaunter sebab mereka naik kerusi roda. Mak sihat aje, cuma nak mengelakkan daripada menjinjit barang berat. Lagipun tak payahlah mak jalan kaki jauh-jauh. Penat. Lepas berpeluk cium untuk mengucapkan Selamat tinggal pada Uda, Abang Uda, Ikram, Athirah dan Haziq kami pun masuklah kedalam. Sempat juga Aida pesan dekat Haziq jangan menangis bila pergi KUMON. Saje je nak mengusik dia.
Selepas melepasi Immigration, jalan masuk untuk naik train. On the way nampaklah diorang dekat atas. Sempat berlambai-lambaian lagi. Sementara menunggu untuk masuk dalam kapal terbang, Aida pergi cari money clip untuk mak. Jumpalah dekat ANNA punya kedai. 600 yen satu. Tersengih gembira mak. Kitorang dapat masuk dulu. Best.
Dalam flight tak banyak aktiviti. Makan, tidur dan main games. Sempat juga minta post card MAS. Tulis 2 aje. Satu untuk diri sendiri dan satu untuk Uda sekeluarga. Tak sangka pulak jumpa kawan lama dalam flight. Shazerina. Kawan masa form 1. Tapi tak tegur pun. Tak berkesempatan. Tak sangka dia jadi pramugari. Itupun perasan masa dia beri kacang. Terkejut sampai tak tertegur dia.
Sampai di Malaysia, Zilan dan Yas baru je sampai Banting. Barang-barang Kastam tak check langsung pun. Kami bermaaf-maafan dengan Kak Sham didalam sebelum keluar. Bila Zilan sampai, Pak Alang Kak Sham pun sampai. Kami pun pulang. Hubby dah start drive.
Sampai di rumah, selepas keluarkan barang Aida dan hubby balik rumah ibu mertua. Duduklah borak-borak sekejap. Maghrib balik rumah. Lepas solat Isyak pergi rumah Bibik Pong. Pergi menyumbang untuk majlis perkahwinan anaknya yang dah selesai petang tadi. Balik singgah lagi rumah ibu mertuaku. Jam 11.00 malam balik. Berkemas lebih kurang dan tidur. Busy betul bila dah balik Malaysia. Nie yang rasa tak best duduk Malaysia nie. Hehehe

Friday, May 13, 2005

KOHYO

Pagi buat kerja biasa. Mandi lambat. Sejuk. Hubby pun kat Jepun nie rajin cuci pinggan. Gilir-gilir dengan dia. Kalau Aida cuci hubby lap kalau hubby cuci Aida lap. Tapi Aida lebih suka cuci daripada lap. Hari ini pagi tidak kemana-mana. Petang aje ikut Uda pegi KOHYO. Dekat Jepun nie kuat betul Aida jalan kaki. Kalau di Malaysia pergi kedai Pak Cik Seng pun naik kereta. Agak-agak balik Malaysia nak jalan kaki tak jauh-jauh macam nie??

Thursday, May 12, 2005

MIDORI

Cuaca masih sejuk. Pagi macam malas aje nak bangun. Tapi bila di Jepun nie Aida rajinlah sikit. Cuci, sidai dan lipat baju dah jadi tanggungjawab sepanjang di Jepun. Cuci pinggan pun rajinlah skit. Jam 6:30am macam dah jam 8:00am kalau di Malaysia. Ikram, Haziq dan Athirah pergi sekolah jam 8:00 pagi. Aida tengok dari atas aje mereka pergi sekolah. Sambil sidai baju. Bila semua dah pergi sekolah baru kami sarapan. Hari ini Mak potong roti. Best betul makan roti panas nie. Kak Sham pagi-pagi dah minum Dr. Diet. Setahu Aida bila dah makan Dr. Diet tak payahlah sarapan lagi, tapi Kak Sham dua-dua dia bedal. Ok kot??
Petang Uda bawa kami ke MIDORI. Emak beli curtain dan balang kuih, Kak Sham beli curtain. Nasib ada kerusi roda di Midori. Jadi Kak Sham naik kerusi roda. Haziq bersungguh-sungguh tolak. Tak beri can orang lain. Biasalah kanak-kanak seronok bila ada sesuatu kelainan. Sementara makcik-makcik dibawah, Aida bersama hubby, Ikram & Athirah ronda dekat atas. Bila jumpa kerusi urut, Aida dan hubby pun ambil kesempatan. Best.

Wednesday, May 11, 2005


Aida & Hubby at Sun Shine Whaf. Nampak macam loving couple tak?? Jangan jealous dengan kemesraan kami. Posted by Hello

Aida bersama hubby, Uda, Kak Sham dan bonda. Ala-ala model gitu. Posted by Hello

Sunshine Wharf

Hari ini Ikram cuti. Cuti ganti katanya. Athirah dengan Haziq pergi Zoo (Ojidobutsuen). Pagi nie Uda bawa kitorang pergi ke Sunshine Wharf. Tempat nie kat tepi laut. Mula-mula Ikram ajak pie tengok kedai barang-barang elektrik. Survey digital camera & Video cemera. Canggih-canggih belaka. Tapi semua bahasa Jepun. Tak sure lagilah nak beli ke tak.
Lepas tu kami pergi ke kedai 100 yen. Mula-mula survey je dulu. Tak tau nak beli apa-apa. Lepas tu kitorang bergambar buat sticker. Kelakar betul. First time, tak tau nak bergaya. Lepas tu pergi tengok kedai accessories kereta & kedai kasut. Masa nie mak ngan Kak sham duduk tunggu kitorang kat atas. Habis ronda kat bawah naik atas ambil diorang. Bermula sessi bergambar lagi sekali. Habis bergambar balik rumah.
Petang Aida & hubby ikut Uda, Ikram, Athirah dan Haziq pergi Suido Suji jalan kaki... Mak dan Kak Sham tinggal di rumah. Hubby beli mesin pancing 500yen. Garang betul Uncle yang jual tu. Suara dia kuat sangat. Yang paling kelakar, bila Ikram tanya berapa harga Digital Camera Sony. Dia siap suruh letak camera yang Ikram pegang tu. Dia kata kitorang tak mampu nak beli. Sepanjang jalan kitorang ketawa. Kelakar betul rasanya. Tak banyak kedai yang buka. Uda kata hari Selasa memang hari cuti bagi peniaga kat situ. Lepas tu ikut Uda pergi beli barang-barang dapur. Masa jalan kaki balik macam dah nak tanggal kaki rasanya. Penat betul.

Tuesday, May 10, 2005

Kansai Airport


Aida bersama Kak Sham, Mak dan Hubby. Semua muka tak mandi. Baru sampai di Kansai Aiport Posted by Hello

Japan

Ohayo Japan. Tiba di Kansai Airport jam 7:30 pagi. Cuaca agak sejuk. Aida, hubby, mak dan Kak Sham tunggu di luar Airport sambil ambil gambar. Uda dan Abang Uda sampai jam 9:30 pagi. Kami naik Odessey. Berimpit-impit dengan barang-barang, Kebas jugak kaki rasanya. Kak Sham hulur kacang MAS pada semua. Upah angkat barang katanya. Sampai di rumah Uda budak-budak semua tiada. Masing-masing sekolah. Rumah Uda tinggat 4. Menu hari ini tengahari nasi ayam, malam nasi ayam & KFC (dari Malaysia). Barang-barang angkat kebilik Ikram. Ikram! sewa bilik 3 minggu ye! Hari ini tidak kemana-mana. Masih keletihan. Kombawa