Wednesday, June 15, 2005

Birthday Bonda

Hari ini pun Aida asyik melepak aje. Buat kerja pun lambat-lambat. Biasalah Boss tiada. Dr. Tan beri kerja lagi hari ini. Kena key-in Flavour Matching List. Mentang-mentanglah Aida key-in cepat hari tu, dah asyik Aida aje yang kena. Masa lunch call Yan. Dia cuti rupanya. Jealouslah nie. Biasalah update cerita mengenai Ija. Bila dengar cerita pasal keluarga orang lain rasa bersyukur Aida ada keluarga seperti sekarang. Aman dan damai. Kalau ada masalah pun masalah biasa aje. Esok hubby kata orang sewa rumah hendak masuk. So sebelum balik print agreement. Ingat nak print atas carbon paper, tapi computer Anapurani tak boleh guna pulak. Jam 6:00 baru balik rumah.
Sampai rumah hubby tak balik lagi. Biasalah mesti dok melepak kat rumah emaklah tu. Dah magrib baru balik. Mak Usu Munah dah balik dari rumah Abang Manja. Aida & hubby decide nak celebrate birthday bonda hari ini sebab esok bonda dah nak pergi rumah Alang. Persediaan untuk majlis di rumah Alang hari Sabtu ini. Jadi malam tadi kami beli KFC Hot & Spicy dan Kek. Kali nie Aida beli kek panjang pulak. Boring dah bentuk bulat. Jam 10:00 baru celebrate. Aida nyanyi lagu Birthday sorang-sorang untuk mak sebab hubby & Mak Usu malu nak nyanyi.
Malam hujan lebat. Guruh sambung menyambung. Syoklah tidur malam ini. Sejuk.

Tuesday, June 14, 2005

Boss

Hari ini aku jadi Boss. Mr. Thomas cuti panjang. Honeymoon ke India. Manager-manager yang lain half day. Pergi KL. Ntah celebrate apa ntah. Aku pun tak tahu. Hari nie biasalah hari Isnin. So kerja pun malas-malas. Buat skit rehat. Call Yan tak dapat-dapat. Ingat nak update cerita. Maklumlah kan semalam Yan pergi rumah Ija. Tengok baby Ija. Nie yang jealous nie.
5:30 aku balik. Sampai rumah mak ajak pergi tengok atuk kat hospital. Maklumlah aku pun dah 3 hari tak menjenguk atok. 6:45 baru keluar ke hospital. Sampai hospital ada Mak Ngah, Abang Juan, Abang Budiman, Bibik Ijah dan Paman Iskandar. Dah kawin dengan AWJA nie pandai-pandailah berbibik dan berpaman. Biasa kalau keluarga Aida mesti Long, Ngah, Alang dan seterusnya. Hari nie sembahyang maghrib kat Surau Banting. Habis sembahyang kami pun balik. Singgah beli Ayamas Black Pepper. Lepas tu hubby singgah kedai ikan. Beli anak ikan dan beli seekor ikan bandaraya. Ganti ikan bandaraya yang dah kena serang dek Arowana hari tu.
Samapi rumah tengoklah AF3 dulu. Lepas tu menjamu seleralah. Macam-macam ada. Ada sambal tumis kerang petai, masak asam ikan kembung, ikan bakar, kacang buncis goreng dan ayam golek ayamas. Tapi nampaknya yang paling laku sekali Ayamaslah.
Mak buat kek kukus hari nie. Tapi tak berapa menjadi sebab mak kukus sekejap aje. Sepatutnya 4 jam tapi mak kukus 1 jam setengah aje. Warna pun tak berapa gelap. Gula belum hangus sangat. Tapi pada Aida ok je. Sedap juga. Lepas makan mak potong kek untuk diberi pada besan. Hubby seronoiklah. Maklumlah dapatlah can nak pie rumah mak dia. Tapi selalu memang pun dia pergi. Tapi bila kena bawa kek bertambah kukuhlah alasan nak pergi. Tiap-tiap hari minimum 3 kali mesti balik rumah mak dia punya. Pagi sebelum pergi kerja, balik kerja dan malam lepas makan. Makan tengahhari pun selalunya makan dekat rumah mak dia juga. Yang bestnya bial ada lauk special mesti mak mertua kirim punya untuk Aida. Alah dia pun tahu Aida nie bukannya rajin benar nak masak.

Monday, June 13, 2005

Duit

Hari ini Ngah balik pagi. Lepas Ngah balik kami pun bersiap-siap untuk pergi Banting. Mak ada 2 kenduri kahwin. Aida pulak nak beli barang-barang office. Cari duit poket skit-skit. Sementara mak pergi rumah pengantin, Aida dan hubby duduk lah dalam kereta borak-borak.
Beli barang di Speed99 dan Econsave. Masa nak bayar barang beli kat Econsave baru perasan duit dah tiada. Tak tahu bila tiada. Takkan orang curi kot. Mungkin salah letak agaknya. Tapi dah cari dah dalam almari semua tiada. Sebenarnya duit nie duit balance sebelum pergi Jepun. Hari tu tengok dalam handbag ada. Tapi hari ini dah tiada. Yang Aida ingat duit tu hanya belanja bayar ASTRO aje hari itu. Ntahlah malas nak fikir. Hubby kata Aida salah letak. Takpelah nanti bila senang check lagi.
Balik rumah Acik pula ada. Fatin belatih mengaji untuk majlis berkhatam Sabtu ini dengan Addin. Bondalah jadi ustazahnya. Lepas mengaji Fatin ada latihan Tek Wan Do. Sementara Acik pergi menghantar dia ke Banting Aida dengan hubby jaga Ammar. Bonda dah tidur dulu. Nasiblah Ammar pun tak banyak hal. Dia pun tidor jugak. Ada canlah Aida pun tidur petang-petang cuti nie. Last-last tinggal hubby aje yang menonton tv.
Sebelum Maghrib Acik dah balik rumah. Tinggallah kami aje. Macam biasa. Malam tidur awal. Maklumlah esok kerja.

Sunday, June 12, 2005

Zaza & Memancing

Pagi ini basuh kereta BEQ64 bersama hubby. Hari ini kami menghantar Zaza ke Nilai. Hari ini majlis rumah sebelah lelaki. Keluar rumah 11:20am. Janji dengan keluarga Mak Alang jam 11:30 di depan pejabat Agama. Jam 11:30 telefon Abang Samsir. Dia dah di Jenjarom. Hubby pun pergilah pam petrol dulu. Aleh-aleh dia kata dah sampai Olak Lempit. Hubby minta tunggu kami di jalan naik highway KLIA. Bila kami sampai sana tak ada juga. Aida dah mula bengang. Apa nie main tinggal-tinggal orang nie. Telefon sekali lagi dah sampai Genting sanyen. Suruh mereka tunggu kami disitu. Bila kami sampai tak ada jugak. Apa lagi Aida pun suruhlah hubby enjut kereta laju-laju. Bila dah nak sampai Bandar baru Sepang mereka call. Tanya kami dimana. Rupanya dia dibelakang kami dah sekarang. Bonda mulalah tempreture dah naik. So kami tunggulah dia ditepi jalan. Barulah semuanya berjalan lancar.
Kami terus ke kedai mak andam Zaza. Rupanya jam 1:00 bersanding. Sementara menunggu sempatlah Mak dan Teh update cerita. Paling best bila time makan, kami dapat makan semeja dengan penganting. Dapatlah lauk best. Pertama kali dalam hidup nie makan semeja dengan pengantin. Cayalah.
Ngah ada class English hari ini. Mak pergilah dengan Ngah ke kelas. Aida, hubby, Abang Ngah, Aiman dan Nizam pergi memancing di Batu Hampar. First time memancing. Dapat seekor aje ikan. Ikan Duri. Memandangkan Aida pertama kali memancing, so Aida hanya buat latihan aje cara-cara nak membaling mata kail.

Wednesday, June 08, 2005

PTD Exam

Hari ini pergi exam PTD di Dewan Sekolah Menengah Putrajaya 3. Kali nie dah masuk kali ke 3lah Aida ambil exam PTD. Kali nie examnya 1 setengah hari. Tak susah cari sekolah nie. Lunch dalam kereta aje. Beli roti kat Petronas. Paper hari nie OK. Harap-harap kali nie mengenalah. Exam habis jam 4:00 petang.
Balik rumah Ngah ada. Saje bercuti katanya. Bawa Aiman jalan-jalan ke Bagan Lalang dan Morib. Kononnya Ngah nak tidur di Hotel Sri Malaysia di Bagan Lalang, tapi Aiman cakap tidur rumah nenek lagi best. So, tak jadilah. Dalam pukul 5.45pm Aida dan Mak ke Hospital Banting. Tengok datuk hubby kena strok. Dari pemerhatian Aida (Dr yang tak bertauliah) sakit Atok nie bertambah teruk dari semalam. Moga-moga Atuk sembuh.
Sebelum balik rumah ke Econsave. Beli barang-barang dapur, sayur dan ikan untuk makan malam. Balik rumah hubby tiada. Badan rasa macam demam aje. Batuk dan selsema. Nie sure berjangkit daripada hubby. Lepas tengok Akademi Fantasia, makan malam. Masuk bilik studylah lebih kurang untuk exam esok pulak. Ntah bila tidur pun tak sedar. Tak sedar pun hubby balik. Yang terharunya tu tengah malam demam, hubby bangun basahkan kain tuamkan badan dan kepala. Cayalah. Sayang Hubby. Love you.

Friday, June 03, 2005

Pindah

Hari ni mulalah sessi berpindah office. Luckly Mr. Leong pun datang hari ini. Jadi bila PC dah pindah kenalah Aida segera pindah. Kalau tidak macam mana nak buat kerja.
Perkara yang paling Aida suka pindah office nie adalah bilik nie sejuk. Tak macam office lama. Air-cond pun tak rasa. Mula-mula ingat nak duduk meja belakang Mr. Thomas. Jadi bolehlah nyorok-nyorok nak buat apa-apa, tapi malangnya Dr. Tan kata meja itu untuk new staff for MOSB. So kenalah duduk meja yang selari dengan Mr. Thomas. Alah tak kisahlah. Small matter. Pandai-pandailah cover nanti.
Demam hubby menjadi-jadi. Malam makan ubat lagi. Hopefully esok OKlah. Katanya kena hantar barang ke Shah Alam esok.

Thursday, June 02, 2005

Update

Pagi-pagi hubby dah busy pergi ambil nasi lemak dan kuih. Terima kasih sayang.
Hari ini busy update file-file HR. Baru tersedar banyak yang tak sign. Lagi satu masa diorang appoint Aida jadi HR & Admin Executive nie tak ada proper training. Biar aje. Tak pe.. lepas nie semua kan berjalan lancar. Aida akan pastikan HR akan menjadi department yang paling disegani.
Jam 10:30am celebrate birthday Carolyne, Ramamoorthy, Paramasivam & Sazali. Menu hari ini Nasi Lemak, Karipap dan Kuih Talam. Kek special kali nie. Carolyne yang pilih sendiri. Hairan betul Nasi lemak boleh tak cukup. padahal beli lebih tu. Diorang nie selalu makan tak ingat orang tau. Tak baik betul. Hari ini belum start pindah lagi. Besok-besoklah.
Malam hubby dah start demam. Hairan betul.. Masa di Jepun OK je.. Balik sini sakit macam-macam. Nasib baik ada ubat pergi klinik hari tu. So ubat tu hubbylah makan. Ciannya dia.

Wednesday, June 01, 2005

Kerja

Hari ini hari pertama kerja setelah cuti 3 minggu. Biasalah bukannya ada mood nak kerja. Acik pulak tak datang. MC hari ini. Busylah Aida hari ini. Pukul 9:00am, Mr. Thomas panggil. Adalah meeting pendek kat dalam Library. Dia tanya pasal Jepunlah, pasal sakit apa semalam dan discuss tentang kerja HR yang tunggang langgang nie. Dia kata masalah HR berpunca dari Aida tak focus masa buat kerja HR. Selalu diganggu oleh kerja-kerja other department. Maklumlah Aida nie kan serba boleh. Sebab itulah Ms. Chow pun takut sangat nak lepaskan Aida. Akhirnya decision dia, Aida kena pindah Block B. Duduk satu office dengan dia. Frustnya masa tu. Tapi bila fikir balik, best jugak. Takdelah Aida asyik kena ganti orang kat office tu bila mereka cuti. Dia beri masa 2 hari untuk pindah. Ok... Petang busy prepare birthday card untuk member yang celebrate birthday in May. So, esok ader makan besarlah. YAHOO