Tuesday, October 04, 2011

Doa 12 Pintu


Ya Allah, Bukakanlah Untukku Pintu-Pintu Kebaikan, Pintu-Pintu Keselamatan, Pintu-Pintu Kesihatan, Pintu-Pintu Nikmat, Pintu-Pintu Keberkatan, Pintu-Pintu Kekuatan, Pintu-Pintu Cinta Sejati, Pintu-Pintu Kasih Sayang, Pintu-Pintu Rezeki, Pintu-Pintu Ilmu, Pintu-Pintu Keampunan dan Pintu-Pintu Syurga. Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.




Doa ini telah di ijazahkan kepadaku oleh Dr. Haji Fadzilah Kamsah semasa ceramah beliau di ILP Kuala Langat. Seronoknya.. Tak pernah-pernah dapat cabutan bertuah, malam itu aimee dapat hadiah cabutan bertuah.. Seolah-olah Allah memberi petunjuk bahawa ada keserasian antara aimee dan doa ini.

Monday, October 03, 2011

Adakah Aku Mampu

Usia perkahwinanku melangkaui 7 tahun.. Namun kami masih berdua.. Semalam pulang menghantar pekerja.. aku sengaja bertanyakan soalan ini... Sekiranya kami terus tidak dikurniakan zuriat.. adakah sayang akan berkahwin lagi.. Jawapan yang ikhlas & jujur darinya.. Mungkin.. tapi padaku jawapan mungkin itu adalah Pasti.. Sedihkan... berkali-kali dia menyatakan bahawa tujuan perkahwinan itu nanti hanyalah untuk zuriat.. aku nyatakan padanya.. aku x mahu bermadu.. aku rela menghabiskan sisa-sisa hidupku bersendirian.. tapi aku cukup kenal dia.. pastinya aku tidak akan dilepaskan sekiranya perkara ini benar-benar terjadi.. Oleh itu.. Ya Allah.. Janganlah kau biarkan aku bersendirian di dunia ini.. Kau kurniakanlah aku zuriat soleh & solehah sebagai khalifah dimuka bumi ini.